Tolong Baca: XSMKeroh WEB ONLINE!!!

•Oktober 16, 2008 • 2 Komen

Assalamualaikum …

AKu dah sediakan 2 tempat untuk geng XSMKeroh untuk membaca dan menghantar maklumat terbaru.

* http://xsmkeroh.wordpress.com
* http://xsmkeroh.ning.com

Yang WordPress ni hanya aku dengan Wan Mahadi aje boleh access. Jadi kalau nak letak gambar ker nak hantar berita or info baru boleh email sahaja kat aku or Wan Mahadi. Nanti aku or Wan Mahadi akan masukkan/postkan dalam Blog WordPress.

Yang Ning.com tu lebih mudah rasanya kalau nak guna. Mula mula cuma kena daftar/SignUp dulu dengan langkah mudah jer. Kat Ning.com boleh send artikel, gambar dan video klip terus upload saja dari PC tak payah pakai coding-coding yang susah. Cuma masalah Ning.com ni kadang -kadang company yang besar besar or setengah setengah company diorang block laman-laman social network macam Ning.com ni mungkin sebab tak nak staf mereka asyik bersosial masa kerja … tapi kalau access dari rumah aku rasa tak ada masalah.

Jadi kalau ada apa-apa masalah boleh tanya balik pada aku. Moga hubungan kita tak putus sama-sama kawan ni dengan adanya “tempat lepak maya” ni … OK thank you

Kalau ada permintaan baru untuk memperbaiki WEB ini tu aku akan cuba perbaiki :-)

Ikhlas
Nazar

Klik-Klik

•Oktober 21, 2008 • 22 Komen

•Disember 26, 2010 • Tinggalkan Komen

Hello Kawan!

Ini adalah Kategori Maziah. Berikut adalah maklumat terbaru Maziah.

Nama: Maziah B. Yusoff

Alamat:

Kuala Lumpur

Contack number: 012-6033419

Email: maziahyusoff@yahoo.com

Facebook: Sofeynamaz Masha

Status: Berkahwin … Fyra Alhady, Syahir Mohammad, Jenny Ieziani, Noor Syafinaz

Kerja: Buka Beuty Salon Di KL

Dapat Berita Cikgu Wahab Meninggal Dunia ….

•Oktober 12, 2010 • 4 Komen

Assalamualaikum …. Pagi ini aku dapat berita sedih … cikgu kesayangan kita cikgu wahab telah meninggalkan kita hari ini selasa 12 Oktober 2010 bersamaan 4 Zulkaedah 1431 : 7.00 am … sekiranya benar berita ini … marilah kita pakat pakat doakan walau dimana kita berada … sedekahkan Al-Fatihah. Semoga beliau bersemadi dgn tenang.

Re-Union x-SMKr

•Oktober 11, 2010 • 6 Komen


Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya tidak meng”up-date”kan blog ini, agaknya dah bersawang, maaflah..kesibukan kerja serta keadaan kesihatan anak yang kurang memuaskan membuatkan saya telah terlepas pandang.. dan kelihatannya blog ini juga sudah agak suram semenjak gelombang FB melanda di kalangan kita. Namun demikian, besarlah harapan saya buat semua sahabat terutamanya geng x-SMKr ini untuk terus menghidupkan dan memeriahkan blog ini dengan hasil tulisan yang positif dan baik untuk pengisian buat semua.

Segala tulisan berbentuk makluman, petikan artikel yang membina, pengajaran dan kata nasihat serta perkembangan sahabat semua amatlah digalakkan. Sebut tentang perkembangan geng x-SMKr, untuk makluman semua, kelmarin iaitu pada 9 & 10hb 10 2010, bertempat di De Rhu Beach Resort, Balok, Pahang, telah diadakan satu “Family Gathering” atau juga disebut sebagai Re-Union oleh geng x-SMKr.

Setelah dirancang rapi sejak dari bulan Januari 2010, akhirnya majlis tersebut berjaya dilaksanakan dengan penuh ceria dan meriah memandangkan kebanyakan di antara yang hadir sudah berbelas tahun tidak pernah bertemu dan bersua muka. Perasaan gembira dan cukup puashati tergambar di riak wajah masing-masing kerana semua pun tahu, bukan mudah untuk melaksanakan satu majls yang cukup besar dan bermakna sebegini. Tanpa komitmen yang tinggi dan semangat persahabatan yang utuh, peristiwa bersejarah kelmarin sudah pasti tidak mungkin dapat dilakarkan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat semua sahabat yang hadir dan menjayakan majlis kelmarin, tanpa sokongan dan kerjasama kalian semua, rancangan ini mungkin hanya suatu igauan..dan harapan semua majlis sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat menyambung dan mengeratkan semula hubungan silaturrahim di antara kita.

Tiada kata dapat diucapkan melainkan TERIMA KASIH buat sahabat kita Nasirah & Keluarganya yang bertungkus lumus dan merupakan orang penting dalam menjayakan majlis penuh gemilang ini. Doa kami daripada sahabat semua, agar Nasirah & Keluarga dimurahkan rezeki dan diberkatkan hidup oleh Allah swt diatas segala jasa baik yang telah diberikan, amin insyaallah.

Buat semua sahabat yang lain, insyaallah kita akan mengadakan majlis-majlis perhimpunan bersama pada masa yang sesuai akan datang dan diharapkan semua sahabat di luar sana yang masih belum berkesempatan untuk menyertai bersama, dapatlah kiranya meluangkan masa untuk kita memeriahkan lagi majlis Re-Union kita seterusnya, insyaallah.

Perubahan Tarikh Re-Union

•Julai 1, 2010 • 3 Komen

Pengumuman buat semua sahabatku yang terchenta…cadangan perubahan tarikh Re-union kita akan diadakan pada 2&3 hb Oktober 2010. Tempat sama, tak ubah iaitu di Hotel Hyatt Teluk Cempedak. Jadi aku harap kepada semua sahabat sila bagi respon secepat mungkin kepada Nasirah untuk dia buat booking dan segala urusan yang berkaitan dengan penginapan.

Seterusnya, bagi mereka yang dah confirm untuk join sila contact aku (Daradah hp no:013-2232128 @ emel daradah@yahoo.com) untuk aku arrange surat jemputan dan agenda aktiviti kita di sana nanti.

Sila maklumkan kepada semua member kita yang lain yang tidak dapat dihubungi atau yang tiada internet.

Aku harap Re-Union kita ini akan berjaya dan berjalan lancar, aku amat perlukan kerjasama semua orang semoga kita semua berjaya menggegarkan Teluk Cempedak tahun ini..ceeewwwahh!!!

Selamat Jalan Buat Sahabat kita,Nasirah & Suami..

•Mei 18, 2010 • 7 Komen

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat jalan buat Nasirah dan suami yang akan menunaikan Umrah pada 8 hingga 21 jun nanti. semoga selamat pergi dan kembali dan dipermudahkan segala urusan di sana. amin.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.