Re-Union x-SMKr


Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya tidak meng”up-date”kan blog ini, agaknya dah bersawang, maaflah..kesibukan kerja serta keadaan kesihatan anak yang kurang memuaskan membuatkan saya telah terlepas pandang.. dan kelihatannya blog ini juga sudah agak suram semenjak gelombang FB melanda di kalangan kita. Namun demikian, besarlah harapan saya buat semua sahabat terutamanya geng x-SMKr ini untuk terus menghidupkan dan memeriahkan blog ini dengan hasil tulisan yang positif dan baik untuk pengisian buat semua.

Segala tulisan berbentuk makluman, petikan artikel yang membina, pengajaran dan kata nasihat serta perkembangan sahabat semua amatlah digalakkan. Sebut tentang perkembangan geng x-SMKr, untuk makluman semua, kelmarin iaitu pada 9 & 10hb 10 2010, bertempat di De Rhu Beach Resort, Balok, Pahang, telah diadakan satu “Family Gathering” atau juga disebut sebagai Re-Union oleh geng x-SMKr.

Setelah dirancang rapi sejak dari bulan Januari 2010, akhirnya majlis tersebut berjaya dilaksanakan dengan penuh ceria dan meriah memandangkan kebanyakan di antara yang hadir sudah berbelas tahun tidak pernah bertemu dan bersua muka. Perasaan gembira dan cukup puashati tergambar di riak wajah masing-masing kerana semua pun tahu, bukan mudah untuk melaksanakan satu majls yang cukup besar dan bermakna sebegini. Tanpa komitmen yang tinggi dan semangat persahabatan yang utuh, peristiwa bersejarah kelmarin sudah pasti tidak mungkin dapat dilakarkan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat semua sahabat yang hadir dan menjayakan majlis kelmarin, tanpa sokongan dan kerjasama kalian semua, rancangan ini mungkin hanya suatu igauan..dan harapan semua majlis sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat menyambung dan mengeratkan semula hubungan silaturrahim di antara kita.

Tiada kata dapat diucapkan melainkan TERIMA KASIH buat sahabat kita Nasirah & Keluarganya yang bertungkus lumus dan merupakan orang penting dalam menjayakan majlis penuh gemilang ini. Doa kami daripada sahabat semua, agar Nasirah & Keluarga dimurahkan rezeki dan diberkatkan hidup oleh Allah swt diatas segala jasa baik yang telah diberikan, amin insyaallah.

Buat semua sahabat yang lain, insyaallah kita akan mengadakan majlis-majlis perhimpunan bersama pada masa yang sesuai akan datang dan diharapkan semua sahabat di luar sana yang masih belum berkesempatan untuk menyertai bersama, dapatlah kiranya meluangkan masa untuk kita memeriahkan lagi majlis Re-Union kita seterusnya, insyaallah.

~ oleh xsmkeroh di Oktober 11, 2010.

6 Respons to “Re-Union x-SMKr”

  1. Thnx Dah… kerana update blog kita ni…cuma minta mmbr2 kita yang amik gambar tu dapatlah upload gambar..

  2. aduh…nk upload gmbr dlm ni yg lemahnye…daradah la uploadkn,biar ramai2 dpt tgk..

  3. kita semua dpt berhubung semula adalah kerana nasirah..kalau dia x bersungguh2 mengadakan re-u sejak dthn lepas lg.. sudah pasti kita semua x kn th keadaan masing2 kan..marilah kita sama2 memberi sokongan kpd beliau agar dpt mengadakn re-u lebih besar lg..jdkn persahabatan kt ni satu keluarga yg bahagia.aminn…

  4. ye, betul tu niknat, saya setuju, dan saya sentiasa bersedia membantu dan menyokong dari belakang untuk semua sahabat kita. Pada masa akan datang saya akan berusaha buat yang terbaik menjayakan program kita dan biarlah hubungan kita kekal hingga selamanya.Inilah berkat silaturrahim.

  5. dah tak cam dah…..semua montel montel……

  6. comel2 belako puok2 ni… dapat eratkan kembali kawan2 lamo menghilangkan diri.. macam jejak kasih jah nampoknya…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.